Dialog Ramadhan Di Hadapan Allah

            Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.  

 

            Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadirat Allah swt. memohon sesuatu permohonan bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengaruniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain yaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikawinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayani oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kendaraan BORAQ sebagai kapal terbang.  

 

            Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya “Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?” Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya’qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai. Betapa hebatnya karunia Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.  

 

Moral & Iktibar

 

 Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak  Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had.

            Mengosongkan perut kerana mengharap keridhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji.

Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr.

Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus.  Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kendaraan yang paling canggih. 

Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: