Pemimpin Yang Tulen

  

            Ramai orang dewasa ini berebut-rebut hendak menjadi pemimpin atau ketua. Bagi mereka yang menyedari tentang besarnya risiko memegang jabatan sebagai ketua sudah tentu keberatan menerima jabatan tersebut. Saiyidina Abu Bakar sendiri semasa hendak meninggal dunia, mengeluh dan kesal karena dilantik sebagai ketua (khalifah).

 

            Begitu juga dengan Saiyidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Umar sangat berat hati tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat  rakyatnya, dia mendengar tangisan kanak-kanak. Saiyidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya kanak-kanak itu.

 

            Dia mendengar ibunya menyiapkan sesuatu. Kanak-kanak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Sayidina Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu tidak sadar bahwa tamu itu ialah Sayidina Umar. Sayidina Umar bertanya tentang perihal kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu yang dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis hendak makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa buah batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

 

            Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Sayidina Umar karena tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Sayidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Sayidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.

 

Sesampai di rumah wanita itu, Sayidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya untuk kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih tidak sadar bahwa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Sayidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.

 

            Melihat mereka gembira mengdapat makanan, Sayidina Umar merasa amat senang hati dan pergi dari situ. “Kalaulah Sayidina Umar berbuat begini, alangkah baiknya….”, kata wanita itu tanpa menyadari orang yang berada di hadapannya ialah Sayidina Umar sendiri.

 

 

Moral & Iktibar

 

Tanggungjawab sebagai pemimpin amat berat. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda , Setiap umat adalah gembala dan akan ditanya tentang hewan gembalaannya. Ini bermaksud kita akan ditanyakan tentang orang di bawah jagaan/tanggungan kita.

Pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab terhadap rakyat sentiasa memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik.

Pemimpin tulen ialah mereka yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutama yang lebih miskin daripada kepentingan sendiri.

Amalan yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian makhluk adalah satu amalan yang terpuji.

Setiap pemimpin (raja, menteri, atau wakil rakyat) sepatutnya sanggup turun tangan ketika untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan ulurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan memerlukan dengan ikhlas karena Allah, bukan mengharapkan pujian dan sanjungan.

            Kegagalan seseorang pemimpin memimpin negara dengan adil dan saksama akan menyebabkan dirinya jauh dari syurga dan singgah dengan neraka.

            Walau setinggi manapun pangkat dan derajat kita tidak akan dinilai Allah. Apabila yang diamalkan ialah amalan yang tidak diikhlaskan untuk Allah.

            Untuk keselamatan dunia dan akhirat hendaklah kita mencontohi pekerti Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda.

            Pemimpin yang baik ialah mereka yang sanggup mendengar kritikan rakyat jelata serta mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

 

                                                                        

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: